Sunday, August 1, 2010

Kita sedang ditipu?




Seorang pekerja yang lewat datang ke tempat kerjanya berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengelak eye contact dengan majikannya.

Husna yang baru sahaja mendapat report cardnya masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan tanpa memberi salam dan terus saja masuk ke bilik dan tidur.


Dua situasi yang berbeza tapi dengan mesej yang sama. Bila kita melakukan kesalahan terhadap seseorang kita akan cuba untuk mengelak darinya.

Apabila kita melakukan kesalahan terhadap Allah, keadaan yang sama juga mungkin akan terjadi. Di sinilah apabila syaitan mula meniup kata-kata nasihat kepada kita.

"Kau baru saja buat benda jahat, dah nak pergi solat, kau hipokrit."

"Eh kau ni muka dua la. Sekejap tadi baru buat jahat, sekarang nak buat ibadah pulak?"

Dan kita pun mula berfikir, "yaaa, betul jugak. Aku tak nak jadi hipokrit, malu ah nak bertemu dengan Allah macam ni."

Namun bagi seorang mukmin sebenar, apabila dia melakukan kesalahan, dia akan serta merta mengingati Allah.

Mari kita rujuk ayat Quran, surah al-Imran, ayat 135;

"Dan juga orang orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa- dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." (3:135)

Jika kita lihat ayat ini dengan lebih teliti, Allah menyebut "zakarullah", dan bukan "summa zakarullah" ataupun "fa zakarullah" (menunjukkan keadaan di mana proses mengingat itu datang SELEPAS melakukan kesalahan). Apabila seorang mukmin itu melakukan kesalahan, dia dengan SERTA-MERTA (simultaneously) akan mengingat Allah.

Siapa lagi yang mampu mengampunkan dosa kita jika bukan Allah? Maka tiada tempat lain yang dapat kita mengadu dan memohon keampunan selain Allah sahaja. Jadi dengan ayat ini, bukanlah alasan kita untuk melarikan diri apabila kita bersalah terhadap Allah.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita selama ini.








6 comments: