Friday, July 30, 2010

Takut atau Sayang Allah? (Bahagian 1)

Assalamualaikm w.bt.

Sudah hampir 6 bulan saya tidak menulis apa-apa dalam blog ni. Tiba tiba rasa tergerak hati ingin menulis kembali sementara cuti masih berbaki sebulan lagi.

Hmm, lihat saja tajuk, pasti ada yang tertanya-tanya. Dan pasti ada juga yang pantas memberi jawapan, "pastilah kedua-duanya sekali". Sebelum saya melangkah lebih jauh, ingin saya berkongsi satu hadis dengan para pembaca;

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya lalu dia ikat kasut itu dengan tudungya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" (Riwayat al-Bukhari)

Jika kita berfikir panjang dan mengkaji hadis ini, dapat kita lihat rahmat dan pengampunan Allah itu luas, dan di sini, si pelacur tersebut diampunkan Allah hanya dengan sebab memberi minum anjing tersebut. Kenapa saya menekankan hadis ini walhal ramai yang sudah tahu mengenai kisah ini?

Umat Islam di Malaysia khususnya, amat menghairankan saya, lebih banyak menekankan azab Allah mahupun balasan balasan yang akan menimpa sekiranya kita melanggar perintah Allah. Sayang sekali kerana penceramah2 di sini kurang pula menceritakan tentang kurniaan Allah mahupun kasih sayang Allah yang lebih luas daripada kemurkaanNya.

Kenapa kita kurang melihat kasih sayang Allah, rahmatnya yang maha luas, pengampunan yang tidak henti-henti, kurniaanNya yang diberikan kepada kita sebaliknya kita banyak terfikirkan 'kekejaman' Allah terhadap hamba-hambanya sahaja? Jika begitulah keadaanya, ramai yang lebih 'takut'kan Allah lebih daripada mencintai kerana kebaikanNya. "Iman itu adalah campuran daripada rasa cinta, takut dan juga harap". (quoted from akh Aiman Azlan).

Dan sekarang pasti yang tertanya-tanya, "so, tak perlu rasa takut kepada Allah lah ya?". Bukan begitu mesej yang ingin saya sampaikan. Bukan saya mahu katakan bahawa menakuti azab Allah itu tidak ada pentingnya, tapi jika kita rujuk kembali al-Quran, Allah menyeimbangkan di antara kasih sayangNya dan azabNya. Syurga dan neraka. Pahala dan dosa.

Bayangkan dua situasi yang berbeza;

1) Rasa takut tehadap majikan sekiranya gagal mencapai objektif bulanan mampu 'memaksa' kita untuk bekerja dengan bersungguh sungguh. Jika gagal, kita mungkin akan diberhentikan kerja.

2) Rasa cinta terhadap ibu kita akan menjadikan kita bersungguh-sungguh untuk tidak mengecewakannya dan menurut segala permintaanya.

Jadi? Situasi manakah yang mampu mebuatkan kita betul2 ikhlas untuk mencapai rasa 'sungguh-sungguh' itu? Pastilah situasi yang kedua. Rasa ikhlas sukar dibentuk dalam situasi pertama kerana rasa takut kehilangan kerja itu akan hilang sekiranya ancaman dibuang kerja itu hilang. Sementara situasi kedua akan melahirkan rasa cinta dan ikhlas di mana kita tidak mahu mengecewakan ibu kita dan rasa takut untuk membuat dia marah.

Saya rasa cukuplah setakat ini untuk bahagian pertama. Saya nak cuba elak untuk menulis panjang2 sebab takut orang mudah bosan. InsyaAllah jika masih diberikan peluang saya akan menyambung untuk bahagian yang kedua.


6 comments:

  1. nice blog..truskn menulis...disblik tersurt ade tersiratt..;)

    ReplyDelete
  2. slurp.
    bagus, rasanya mmg betul sbb bilangan ayat al quran tentang pahala dan dosa serta byk lagi perkara yg berlawanan itu sama.

    ReplyDelete
  3. affan : haha, kenapa slurp. lol

    annemishi : insyaAllah dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  4. takut dan harap atau dalam bahasa arabnya, ar-raja' wa al-khauf. takut dgn azabnya tapi masih mengharap rahmat, ampunan dan syurgaNya. boleh baca kitab karangan Ibnu Taimiyah kalau nak faham lebih lanjut.best sgt!dia cerita juga martabat2 cinta pada Allah..tapi kaktin tak habis baca lagi.try la cari.

    ReplyDelete