Saturday, September 26, 2009

Pemandu bas Ottawa - Siri 2

Keseronokan berada di Kanada bermula apabila kelas selama dua hari pengarang diselangi cuti hujung minggu. Amat seronok. Dapat berjalan2. Pengarang dan rakan sudah merancang untuk berkunjung ke IKEA menerima aneka juadah perabot di sana. Esok merupakan Hari Buruh di Kanada.

Dalam otak pengarang sudah tersemat rapi plan untuk membeli perabot. Kerusi letak di penjuru ni. Katil di tengah2 bilik. Semuanya nampak perfek. Duit Mara akan dijadikan sebagai medium untuk menceriakan bilik pengarang.

Kami berjaya menaiki sebuah bas untuk ke IKEA. Perjalanan selama 25 minit tidak begitu dirasai lantaran transformasi bilik yang bakal dilihat. Pemandu bas yang membawa bas begitu ramah dengan kami. Nice. Dia tanya soalan, "Philipines?" Kami pun jawab, "nope, Malaysian." Dia berkata, (maaf, pengarang tidak pandai berbahasa Inggeris, terpaksa didairek translasikan ke bahasa baku pengarang ) "isteri saya filipino..saya tahu berbahasa filipino. Beberapa minit selepas bergembira dengan pemandu bas yang ramah tersebut, kami diberhentikan di sebelah IKEA.

"Berbelanjalah sepuas2nya. Gunakan semua duit yang ada." Pengarang berfikir (pemandu bas mempunyai daya humor dan budi bahasa yang tinggi). Bagus. Nice juga.

Kami amat terkejut setelah mendapati IKEA tidak dibuka kerana cuti Hari Buruh (kami tidak tahu bahawa cuti buruh semua orang tidak bekerja). Semua senyap. Tidak mampu berkata apa2. Salah seorang kawan pengarang membuka mulut, "patut la baik sangat pemandu bas tadi. Dia.." Kami ditipu. Berpuluh2 kilometer dari rumah. Kawasan IKEA sunyi sepi. Tiada satu kelibat manusia pun. Kami dah blank. Keputusan diambil, tunggu bas lain datang.

Perut sudah berbunyi. Kami berlari2 anak ke arah sebuah kedai minyak berdekatan . Makan. Kemudian kami berjalan ke arah perhentian bas tadi. Semasa dalam perjalanan, kami terlihat bas yang membawa kami ke IKEA tadi. Pemandu yang sama.

Kami memandang ke arah pemandu. Pemandu memandang ke arah kami.

Pemandu mengangkat kedua2 tangannya sambil menunjukkan simbol, "Peace".

2 comments:

  1. ouh. IKEA Ottawa x bukak pada hari buruh yeah?
    IKEA di Edmonton bukak. kami membeli belah di IKEA pada hari buruh yg lepas.

    ReplyDelete