Wednesday, September 23, 2009

First Step - Hidup di Canada

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Walaupun aku da sampai Canada, aku still malas nak tulis blog dalam English. Orang lain struggle tulis blog dalam English, bagi aku teruskan usaha anda. Bukan xmau tulis, nanti bila aku rasa macam da terer English, aku tulis la (Hint : Mustahil la nak terer) Camna nak improve kalau setiap hari still cakap Bahasa Melayu ngan member. Tu la downside bila ramai sangat orang melayu kat satu universiti. (Ni la akibat x masuk ngan non-malay sangat masa kat Taylor..padan muka kau Akmal)

Pada suatu hari, aku tengok blog member aku sorang ni. Dia crita ke'best'an Canada dalam blog dia. Orang baik, kawasan sentiasa bersih, sampah payah nampak, sejuk dan bla3... Aku excited la dengar suma benda tu. Masa da sampai airport, aku tengok omputeh suma besar2. Dia punya stewardess pon layan aku cam budak2. "Yes darling..let me show you the way". Dia siap leh main2 ngan aku lg. Amik trolley, tahan aku nak jalan, "haa...I got you". (-.-*)

Ok, Canada memang bes masa aku first sampai. Cantik sangat2..nanti aku letak gambar.


Apa saja aku tengok sini kalau nak banding Malaysia memang kalah la Malaysia (Kepada rakyat Malaysia..sabar2, x abis lagi crita aku) Perfecto~

Pastu, satu per satu benda x bes Canada mai kacau kami. Memandangkan saiz kami macam budak2, kami telah dianjing2kan oleh orang di sana, terutamanya pemandu bas. Pemandu bas sini jenis short tempered. Faham2 la kami baru sampai, mana tau law2 dia. X pasal2 kena sound bes mari. (Nota kaki, pintu bas di Canada dikawal oleh driver dan ada mechanism yang kawal pintu tu) So, masa kami nak keluar, driver bas x bukak pintu. Blank..xtau nak kena tekan apa. Dia tengok saja kami berdiri 5 orang depan pintu. Gaban woo. Orang dah la ramai. Pastu ada member aku suggest "tolak pintu". Apa lagi, kami struggle la tolak pintu..ok, pintu x bukak. Orang putih kat dalam bas da nk start gelak dah. Hadess..bayang la camna kami masa tu, kami 5 orang struggle cari mana suis nak bukak pintu. Tekan sana, tekan sini...x bukak jugak. Memang nampak nerd habis la. Pastu ada sorang mamat jerit, "Press the button near the door, the yellow button.."

Aku tekan, still xda effect. Last2, ada orang sebelah pintu kesian kot tengok kami kena nganjing ngan orang putih, dia tolong bukak. Alhamdulillah..masa nak turun, orang gelak.

Da sampai rumah, tiba2 perut aku sakit. Nature call la. Pergi tandas. Xda paip air. Cuma tisu. Imagine la, 18 tahun guna air, tiba2 aku kena guna tisu. Stop. Kawan aku sampai 3 hari x melaksanakan kewajipan nature call dia. Kesian, da biru muka tahan..



9 comments:

  1. klu ak jadi cm ko entah la ape nk di describekn..
    Mr. Kader Faiz nmpk macho bersongkok dlm video tuh.. hahah

    salam..

    ReplyDelete
  2. Salam bro.

    Mslh tul korg.
    Cian2

    Akmmal, ak bljr dr Muslim kt cni.
    Ko bwk botol air kosong.
    BLe nkbuang air ko isi la dlu kt sinki.

    Walaupun org ckp blh istinjak, wallahualam.
    Lgpun air msh ada, bknnya xde kn.

    www.affanruslan.co.cc

    ReplyDelete
  3. Layan ja org putih tu.. depa gelak hampa gelak la skali.. baru tak malu sgt... duduk negara orang kena hati kering..

    ReplyDelete
  4. Al Zakwanism : Haha, Faiz mmg macho!

    Affan Ruslan : Muslim sini memang baik2. Btol gak kn, nnt aku bwk air.

    M. Faiz Syahmi : Keh3..bapak hati kering hg nih.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. aku pulak yg hati kering? hahaha..

    hmm..botol air tu dh praktikal dh,
    tp nk besh sikit, beli timba ka, tong sampah kaler itam tu, letak dlm jamban..

    p/s:jgn lupa letak ceboq dlm timba tu. ^^

    ReplyDelete
  7. Best best! Bile lg nak ade pengalaman camtu ye tak? =D

    Ahaha, cool, this post made my day =D

    ReplyDelete
  8. Faiz : Haha..timba, bapak besaq. Pelik la..tapi air byk leh isi kalau nk banding botol.

    Shahro : Best ke? Nanti ada lg adventure yg bes dari ni. X habis lg adventure.ngahaha..

    ReplyDelete
  9. uih, jgn basuh guna baldi tu.. letak la ceboq nak sauk air tu.. basuh guna ceboq.. mcm x biasa lak.. kiranya baldi tmpt letak air ja dlm toilet tu.. sng sikit sapa2 nak buang apa2 pasni..

    ReplyDelete